FILEM monsun
Filem yang berdurasi 62 minit ini diterbitkan pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), sesuai dengan peranan sebagai universiti keusahawanan industri kreatif yang selari dengan iltizam kerajaan melalui Dasar Industri Kreatif Nasional, serta rencana strategi pembangunan ekonomi pesisir Timur melalui East Coast Economic Region (ECER).
Menurut Dekan FTKW, Dr Abu Hassan Hasbullah, filem yang telah ditayangkan kepada umum di Kelantan pada 31 Disember lalu itu adalah edisi pengenalan dalam keusahawanan kreatif Kelantan.
“Kami menggunakan genre road-movie dan thriller sebagai kerangka pemikiran naratif dan pembikinan, namun juga memasukkan elemen-elemen baru yang mengangkat segala situasi geografi, kemanusiaan, dan kebudayaan yang dilalui masyarakat pesisir Timur seperti Kelantan, Pahang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak terutama musim tengkujuh atau monsun.
“Filem mengenai Kelantan sudah ada beberapa termasuk Budak Kelantan, Jogho dan Bunohan, tetapi hanya cerita berkisarkan masyarakat negeri itu, tetapi lainnya Monsun kerana diterbitkan sepenuhnya iaitu dari peringkat pra produksi, produksi, pasca produksi, pengedaran dan pemameran diusahakan secara akademik dan komersial sepenuhnya pihak UMK,” katanya.
Bukan sahaja menampilkan pelajar fakulti berkenaan, Ilham Rastanabe sebagai pengarah, Monsun juga dijayakan bakat baru kelahiran UMK.
“Kami tidak memerlukan pelakon komersil kerana kemampuan profesional tenaga kerja mahasiswa yang sememangnya dilatih khususnya untuk profesionalisme dalam bidang Seni Media, Seni Teknologi Digital yakni berkeupayaan setara dengan profesional khususnya dalam kepakaran imej janaan komputer (CGI), penggambaran, suntingan dan sebagainya.
“Tambahan pula kita perlu melahirkan pelakon baru yang mempunyai pendidikan asas di peringkat universiti bagi membolehkan penguasaan pelbagai ilmu seperti sejarah, antropologi, teknologi, keusahawanan dan lakon.
“Pelakon baru, tentunya mempunyai sikap dan fikiran baru terhadap lakon dengan kerja, perwatakan, bentuk dan nilai baharu yang akan menambahkan lagi kekuatan kepelbagaian dalam industri filem nasional,” katanya.